Powered by Blogger.

Tajuk-Tajuk Penting Pendidikan Syariah Islamiah SPM 2010

>> Friday, November 19, 2010


Assalamualaikum, anak-anak... bergelut nampaknya untuk SPM tahun ini! Ramai yg mula tinggalkan hobi berdepan dgn laptop hadiah dari daddy, juga ada yg sudah mulai lupa bagaimana nak download lagu thru hp. Ni gara-gara SPM.. Bagus la, berusaha lebih tekun, nak. Jika umi dulu time nak peksa.. letak gambar mak, ayah atas meja study (bukan pakwe - sori!). Wajah yg sentiasa senyum seolah2 berkata... "Go, anakku... go! rebutlah peluang .. SPM inilah peperiksaan paling penting dalam hidup kita, bukan UPSR, bukan PMR.. sampai keja hatta nak minta sambung mengaji master @ PHD, sijil SPM juga yang diminta pihak pengurusan universiti... Hmm.. panjang pula leteran umi. SEbenarnya nak bagi input tajuk2 penting (perlu diberi perhatian) dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah 5228. Tajuk2 ini disimpulkan setelah meneliti soalan percubaan di beberapa buah negeri di Malaysia, juga sebut2an di kalangan shbt2 yg banyak involve dalam penggubalan syariah ni. Apapun, secara jujur umi bagi nasihat, tajuk2 ini hanyalah andaian -(bukan tajuk2 sebenar). Kita pakat la doa agar ianya timbul .. tak sikit pun banyak ek!


Akidah :
1. Iman fitrah Manusia
2. Peranan Iman
3. Islam ad-Din Yang Membawa Rahmat
4. Dosa, Pahala dan Bahagiannya
5. Makrifatullah dan Taqlid
6. Sejarah Perkembangan Ilmu Kalam

Sejarah Perundangan Islam:
1. Prinsip2 Perundangan Islam
2. Perbezaan antara Undang2 Islam dgn Undang2 Barat

Usul Feqh
1. Kepentingan Mempelajari Ilmu Usul Feqh
2. Hukum Syarak (Taklifi/Wad'i) - takrif, contoh2.
3. Hukum Yang Disepakati - Sunnah, Qias, Ijma'
4. Hukum Yang Tidak Disepakati - Uruf & Adat/
5. Am dan Khas (contoh2 dalil)
6. Lafaz Mutlaq Muqayyad
6. Nasakh

Ayat Hukum
1. Memelihara Ukhuwwah Islamiah
2. Berbakti kepada Kedua Ibubapa

Hadis Hukum
1. Berkelakuan Ganas dan Mendedahkan aurat
2. Wasiat

Ibadah/Feqah
1. Perlaksanaan Haji (Jenis2 haji/Dam)
2. Pengurusan Haji di Malaysia
3. Sembelihan
4. Muamalat - (Etika Muamalat /Khiar/Salam/al-bai bitamanin Ajil)
5. Perkahwinan Dalam Islam (syarat suami/syarat sah)
6. Talak (jenis2)- Khulu'/Fasakh/ Edah
7. Zihar/Poligami (kelebihan/akibat tdk ikut syarak)
8. Peranan Mahkamah Syariah Di Malaysia - Hieraki

Ini ialah tajuk2 utama - InsyaAllah, dalam masa terdekat, umi akan up-datekan contoh2 soalan yg biasa keluar dalam SPM. Semoga anak2 lebih fokus, tenang.. Saat ini, jiwa kena byk relax - jgn panik- mak/ayah kena jadi pendamping paling sporting. Sentiasa updatekan semangat!

See You At The Top
I LOVE SYARIAH SO MUCH!!

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP