Powered by Blogger.

Beberapa Contoh Soalan 5228/2

>> Friday, November 19, 2010

Assalamualaikum, anak-anak...

Bagi memudahkan latihan menjelang peperiksaan, umi sertakan beberapa contoh soalan. Sila bincang dengan kawan2. Semoga berjaya !

Bahagian Usul Feqah

1. Salah satu bahagian hukum Taklifi ialah Karahah . Apakah maksud Karahah?
2. Jelasnya dua jenis As-Sunnah beserta contoh.
3. Apakah maksud Mutlak ? Nyatakan bagaimana cara beramal dengan lafaz Mutlak .
4. Mengapa proses Nasakh dan Mansukh tidak berlaku lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW?
5. Huraikan dua bahagian Nasakh.
6. Jelaskan pengertian uruf dan adat serta jelaskan penerimaan ulama' terhadapnya.
7. Jelaskan bahagian hukum taklifi.
8. Huraikan faedah mempelajari usul feqah terhadap pelajar.
9. Jelaskan perbezaan antara ijma' dan qias.
10. Huraikan prinsip yang terdapat dalam al-Quran.

Bahagian Akidah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan iman.
2. Huraikan bagaimana iman berperanan mewujudkan ketenteraman jiwa?
3. Terangkan contoh kekuasaan dan kebijaksanaan Allah melalui kejadian alam.
4. Jelaskan cara mengenal Allah melalui dalil aqli.
5. Bagaimanakah cara untuk menjauhi dosa?
6. Nyatakan tiga hikmah kejadian cakerawala.
7. Terangkan tiga kesan positif daripada perkembangan ilmu kalam.
8. Jelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan halawatuliman.
9. Jelaskan ciri-ciri ajaran sesat di Malaysia
10. Terangkan maksud Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah.

InsyaAllah... umi akan menulis lebih banyak contoh di masa akan datang.
Harap anak2 sentiasa melawat blog ini.. Syukran!

WE LOVE SYARIAH..!

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP