Powered by Blogger.

Soalan-soalan Ayat Hukum SPM 2010

>> Friday, November 19, 2010

-umi bersama anakanda yusra dan anis di Terengganu -

Salam seindah suria... pagi ni nampaknya mentari menyinar ceria, lega hati ibubapa daerah Kota Setar, Kuala Nerang. Risau dgn hadirnya bah kali ke-2. Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih, ujiannya untuk menguji kesabaran dan redha manusia. Anak2 calon SPM, umi tumpang simpati. Ada nota dah lunyai dijilat air bah, ada buku rujukan dah hanyut entah ke mana. Sabar nyer, insyaAllah... ilmu yg lekat kat dada tidak akan ke mana2. Banyakkan selawat, zikir, solat hajat agar ilmu itu lekat sampai ke tua.

Ok. Seterusnya pagi ini, umi nak cite pasal ayat hukum pulak. Tips-tips untuk Ayat Hukum. Ada dua pernah miss iaitu;
1. Istinbat Hukum
2. Asbabul Nuzul
So tolonglah study setiap tajuk ting 4 dan 5 (Kecuali ayat yang dah naik 2009) - buatlah peta minda ke, nota terringkas ke yg boleh membantu kita ingat. Manakala - 2 soalan lagi akan meliputi isu2 terkini @ fakta2 dalam ayat. Berhati2 sangat dengan arahan soalan ini BERDASARKAN AYAT di atas.. Silap gaya 0 markah jika kita merapu hal yang tiada kaitan dengan ayat.

Ayat Hukum 2010 - Contoh Soalan & Jawapan

Tajuk : Memelihara Ukhuwwah Islamiah

1. Nyatakan dua perkara yang dilarang dalam ayat di atas.
Jawapan:
Perkara yang dilarang;
i. Menggelarkan seseorang dengan panggilan @ gelaran yang tidak disukai
ii. Larangan mengintip rahsia orang lain
iii. Larangan memfitnah @ mengada-adakan cerita yang tidak benar mengenai seseorang
iv. Larangan mengumpat - menceritakan keburukan serta menyebarkannya.

2. Terangkan asbab nuzul - ولا يغتب بعدكم بعضا
Jawapan:
i. Mengisahkan kisah Qais bin Shammam -
seorang lelaki kurang pendengaran beliau selalu berada di depan tiap kali majlis ilmu dengan Rasulullah
ii. Suatu dia terlewat dan tempatnya diambil oleh orang lain.
iii. Dia telah dimarahi apabila minta laluan - tempat untuknya.
iv. Qais sgt marah lalu mengejek lelaki yg mengambil tempatnya dengan gelaran pada ibunya ketika zaman jahiliah (tidak disukainya) menyebabkan lelaki itu tertunduk malu.
Maka turunlah ayat ini.

3. Terangkan cara ulama' istinbatkan hukum haram memanggil seseorang dgn gelaran buruk.
i. lafaz ولا تنابزوا بالالقاب
ii. فعل مضارع yang didahului dgn لا الناهية
iii. Membawa maksud larangan - setiap larangan membawa hukum HARAM
iv. Oleh itu haram bagi seseorang menggelarkan orang lain dengan panggilan
yang tidak disukainya.

4. Jelaskan dua keadaan mengumpat yang diharuskan dalam Islam.
i. Menceritakan perihal seseorang yang sudah jelas fasik
ii. Mendapatkan pembelaan di Mahkamah - depan hakim
iii. Apabila dizalimi - dapatkan pembelaan diri
iv. Menerangkan tentang seseorang spy lebih dikenali untuk tujuan identiti
v. Memperkenalkan seseorang yg lebih dikenali dengan gelaran itu.

Ok.. Ini saja yg sempat dicatat untuk hari ini. Semoga boleh membantu memperbanyakkan info untuk subjek kesayangan kita.

LOVE SYARIAH, LOVE SYARIAT!!


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP