Powered by Blogger.

Pengenalan Muamalat

>> Monday, November 29, 2010

Taarif Muamalat:


Perhubungan antara manusia sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang sesuai dengan tuntutan agama serta landasan syara'.

Fungsi Kepentingan Muamalat:

1. Supaya manusia hidup bekerjasama dan saling membantu.
2. Membawa perpaduan dan keamanan kepada manusia.
3. Terhindar dari penindasan, kezaliman dan penipuan.
4. Mewujudkan masyarakat berdikari, saling berlumba, tekun dan sabar dalam mencari rezeki.
5. Melahirkan umat yang bertanggungjawab, sentiasa berlumba2 dalam membelanjakan harta.


Read more...

Malam Ini - 'Hajat' kita, Ramalan Kita..

KAMI DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK2 SEMUA
- umimaudah/abishams -

Assalamualaikum, maaf jika usaha umi di luar jangkauan kehendak anak2 pengunjung yg setia melawat untuk mengetahui yang terkini tentang PSI. Seperti yg dikhabarkan di awal, ramalan2 yg umi buat adalah kajian. Kesimpulan dari pemerhatian umi terhadap semua tajuk yg disoal, dibincang oleh guru2 PSI seluruh Malaysia. (melalui trial2 negeri):

RAMALAN 2010

AKIDAH
1. Pengertian iman
2. Cara membuktikan iman boleh memupuk semangat berjihad.
3. Ciri2 iman yg sempurna
4. Solat membentuk akhlak mulia. Bincangkan.
5. Cara memelihara laut dari pencemaran.
6. Faktor Perkembangan ilmu kalam di zaman Abbasiyyah.
7. Kesan perkembangan ilmu kalam
8. Hadis Mutashabihat
9. Maksud يمين الله mengikut ulama' salaf dan khalaf.

AYAT HUKUM
1. Qiamullail
2. Memelihara Ukhuwah Islamiah
3. Berbakti kepada kedua ibubapa
4. Peperangan dalam Islam

HADIS HUKUM
1. Wasiat
2. Syak dalam solat
3. Membunuh diri
4. Berkelakuan ganas dan pendedahan aurat

USUL FEQAH
1. Pengenalan ilmu usul feqh
2. Hukum Syarak - hukum wad'i/taklifi
3. Dalil2 hukum syarak - ijma'/qias/sunnah
4. Dalil tidak disepakati - istihsan/masalihulmursalah
5. Am/ Khas
6. Mutlak/ Muqayyad
7. Nasakh

PERUNDANGAN DALAM ISLAM
1. Keistimewaan perundangan Islam
2. Kesan negatif perundangan barat terhadap Islam
3. Ciri2 perundangan barat.

FEQH
1. Perlaksanaan Haji/Umrah - jenis2 dam/larangan semasa ihram
2. Pengurusan haji di Malaysia
3. Korban/ Aqiqah
4. Muamalah - Jualbeli/Takaful/khiar
5. Perkahwinan dalam Islam
6. Tanggungjawab dalam rumahtangga
7. Perceraian / maksud talak/fasakh/mut'ah/khulu'/rujuk
8. Kelayakan hadhanah
9. Poligami

WISH YOU ALL THE BEST - SYARIAH IS ALWAYS THE BEST!!

Read more...

Sekadar Ramalan - Akidah

CONTOH-CONTOH SOALAN RAMALAN 2010

AKIDAH ISLAMIAH

1. Nyatakan pengertian iman.

Jawapan:

Iman ialah membenarkan dalam hati, pengakuan dengan lisan dan dibuktikan dengan amalan zahir.


2. Jelaskan dua cara membuktikan iman boleh memupuk semangat berkorban dalam diri seseorang.

Jawapan:

i. Berkorban sepenuh jiwa raga untuk mempertahankan agama Islam.

ii. Berkorban masa dan tenaga dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran tertentu untuk membantu membangunkan masyarakat.

iii. Berkorban harta benda dan wang ringgit untuk memajukan masyarakat.

3. Nyatakan dua ciri orang yang sempurna iman.

Jawapan:

i. Hati sentiasa tenang dan tenteram

ii. Sentiasa berusaha melakukan amalan kebaikan

iii. Merasa sangat benci untuk melakukan kemungkaran

iv. Sentiasa sabar dan redha dengan ujian Allah

v. Sentiasa bersyukur apabila menerima nikmat Allah SWT

vi. Sentiasa iltizam dengan ibadah-ibadah sunat.

4. Solat dapat membentuk akhlak seseorang. Jelaskan.

Jawapan:

i. Solat dapat melahirkan seseorang yang berdisiplin dan menepati masa

ii. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar

iii. Solat mendidik seseorang sentiasa mementingkan kebersihan diri dan kesucian.

5. Huraikan dua cara memelihara laut dan sungai dari pencemaran

Jawapan:

i. Menjaga kebersihan sungai dan pantai dengan tidak membuang sampah dan kekotoran yang lain.

ii. Tidak membuang bahan2 toksik atau bahan-bahan yang berminyak ke dalam sungai dan laut.

iii. Menjaga sistem ekologi dengan tidak merosakkan hidupan dalam sungai dan juga laut.

iv. Mengenakan hukuman yang berat kepada setiap pesalah yang mencemarkan sungai dan lautan.

6. Huraikan dua faktor luaran yang menyebabkan berlakunya perkembangan ilmu kalam pada zaman Abbasiyyah.

Jawapan:

i. Banyak terjemahan kitab2 falsafah ke dalam bahasa arab oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menentang fahaman yang menyesatkan.

ii. Ramai cerdik pandai bidang falsafah memeluk Islam.

iii. Masyarakat negeri yang baru dibuka berminat membincangkan masalah akidah.

7. Jelaskan kesan timbulnya perkembangan ilmu kalam ini.

Jawapan:

i. Perkembangan ilmu pengetahuan/ kemahiran pelbagai bahasa dan ilmu: kitab-kitab falsafah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

ii. Perkembangan intelek: pemikiran umat Islam semakin berkembang dan kreatif

ii. Kelahiran tokoh Ilmuan Islam: lahirnya ramai tokoh muktabat dari golongan As-Sunnah wal Jamaah.

iii. Penulisan: lahir banyak kitab-kitab yang menolak falsafah orientalis, mu’tazilah dan khawarij.

8. Terangkan dua jenis ajaran yang termasuk dalam ajaran sesat.

Jawapan:

i. Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan hadis

ii. Mentafsir al-Quran dan Hadis mengikut sesuka hati tanpa ilmu

iii. Mengadakan perkara bida’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan syariat.

iv. Kumpulan yang mendakwa ketuanya adalah nabi terakhir, nabi Isa atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

9. Nyatakan maksud Hadis Mutashabihat.

Jawapan:

Iaitu nas-nas yang secara zahirnya boleh menimbulkan kekeliruan terhadap sifat-sifat Allah yang menyerupai makhluk.

10. Apakah maksud يمين الله mengikut ulama’ salaf dan khalaf?

Jawapan:

i. Ulama’ Khalaf: mentakwilkannya sebagai menghormati dan memuliakan Allah

ii. Ulama’ Salaf: tidak mentakwilkan hadis itu.

Read more...

Menanti Saat Perjuangan Sebenar Kita

>> Sunday, November 28, 2010

Assalamualaikum, salam kejayaan untuk anak2 umi dan shbt yg menjengah blog kesayangan ini. Baru saja dilancarkan, pengunjungnya begitu ramai sekali. Umi sangat bercita2 agar blog ini berupaya mencapai blog yg menjadi rujukan guru PSI dan pelajar yg mengambil subjek ini. Barangkali boleh menjadikannya sebagai rujukan asas. Alhamdulillah,doakan umi sentiasa, cergas dan segar untuk mengendalikan entri2 sebaik mungkin untuk blog ini. Waduh! debaran guru dan pelajar PSI semakin kuat, tidak lama lagi 30 Nov 2010 menentukan segalanya. Sekali lagi perlu dinyatakan, umi sekadar membuat kajian, usaha peninjauan - InsyaAllah tajuk2 yang difokuskan keluar esok.. tapi Allah merancang yg sebaliknya... nak buat geno!


Maaf, malam tadi umi janji nak boh entri baru jam 11, tapi tau tahu masa mana umi terlelap. Menyingkap waktu subuh baru jaga - Sepanjang hari ini pula memenuhi segala tuntutan dan amanah sebagai ibu, pendidik - sekarang baru lah free sikit - itupun kejab lagi ada lagi appointment dengan anak2 ex-SMKAB. By the way, alhamdulillah... sekurang2nya setiap detik masa terisi dengan baik dan berfaedah untuk diri dan hamba Allah yang lain.

Sebaiknya tika ini kita memfokuskan kepada beberapa tajuk utama (rujuk tajuk2 yg umi dah nyatakan di awal entri sebelum ini) Selamat Menelaah...

Read more...

Bicara Sejarah Perundangan Islam PSI

>> Thursday, November 25, 2010


Assalamualaikum wbt. Seminggu ni, umi agak sibuk - research di UM, then settle kan urusan bisnez n family. Ready untuk kem. Maaf, buat anak2 calon SPM yg tertunggu2 info terbaru umi. Entri kali ini, umi akan bicara tentang topik sejarah perundangan Islam. Tajuk ini hanya diajar kepada tingkatan 5 shj. So, lebih murah untuk skor kerana tajuknya tidak banyak. Ia hanya meliputi;

1. Prinsip2 perundangan Islam dan perkembangannya
2. Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat.

Tajuk mudah dijangka. Biasanya bergabung dgn akidah @ usul feqah di no. 6. Umi nasihatkan anak2 menguasai keseluruhan topik bab ini supaya ilmu kita lebih meluas.

Contoh2 soalan;

Soalan 1.
Jelaskan DUA keistimewaan perundangan Islam. (6m)

Jawapan:
1. Menjaga kemaslahatan manusia/ dan menolak kemudharatan setiap masa, tempat dan keadaan/ tanpa membezakan bangsa dan warna kulit.
2. Hukumnya sentiasa kekal/ hingga hari kiamat.
3. Ianya meliputi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan manusia dengan alam.
4. Setiap kepatuhan kepada hukum akan mendapat ganjaran/ pahala dan syurga di akhirat.
5. Setiap keengkaran dan pelanggaran hukum akan menerima balasan dosa/ dan azab neraka di hari hari akhirat.

Soalan 2.
Huraikan DUA kesan negatif penjajahan barat terhadap perundangan Islam. (4m)

Jawapan:
1. Wujud dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia / iaitu sivil dan syariah
2. Mahkamah Syariah telah terkeluar dari hiearaki Mahkamah Persekutuan/ sebaliknya ia diletakkan di bawah kuasa negeri.
3. Undang-undang Persekutuan telah membataskan /bidang kuasa Mahkamah Syariah.
4. Penguasaan undang2 Inggeris sepenuhnya di Mahkamah Sivil.
5. Undang2 Islam dihadkan bidang kuasa/ hanya dalam hal2 kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan jenayah yg sangat terhad.
6. Raja2 melayu sebagai ketua agama Islam negeri2/ mempunyai kuasa yg sangat terhad dlm perlaksaan undang2 Islam.
7. Undang2 Inggeris telah mempengaruhi sistem kehakiman.

Soalan 3.
Terangkan TIGA ciri2 undang2 yg dibawa oleh Inggeris.

1. Lebih menumpukan kepada keperluan manusia sepenuhnya/ yang menyebabkan ia terpisah dari unsur2 agama dan kerohanian.
2. Mengutamakan bangsa mereka/ menyebabkan berlaku monopoli dan diskriminasi terhadap orang2 lain.
3. Digubal oleh pakar ahli masyarakat berdasarkan kebudayaan dan akal semata2.
4. keadaan penghakimannya terkadang berat sebelah/ lebih melebihkan golongan kuat.
5. Tidak mempunyai kekuatan untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat/ sedangkan di negara mereka (inggeris) berlaku pelbagai jenayah yg sukar dibendung.

Sekadar ini dulu pagi ini. Selamat Bermutalaah...

Syariah tetap BEST!!

Read more...

PERSEDIAAN SAAT-SAAT AKHIR

>> Saturday, November 20, 2010



Assalamualaikum, anak-anak semua? Hmm semakin tekun nampaknya. Alhamdulillah, mak bapak mesti syok tengok anak-anak dara dan teruna terperap dalam bilik. Tika gini, umi nasihatkan kurangkan chatting dgn kawan2 dalam facebook. Buka internet sekadar mencari soalan ramalan dan nota terkini sahaja cukup! Kita kena bijak gunakan masa - umi masih teringat jika umi dulu, seminggu nak peksa ni, hah! inilah perkara yang umi WAJIBkan atas diri umi lah:
1. Makan kismis @ kurma
2. Minum susu
3. Solat hajat tiap malam
4. Baca Quran 1 muka @ maqrar (jika x sempat)
5. Rajin senyum dan tolong parent
6. Minta maaf dengan semua orang
7. Baca nota yang colourful dan cantik

Buatlah ye! Mana tau.. boleh jadi BEST STUDENT NEGERI this year!

Read more...

Nota Asbabul Nuzul

>> Friday, November 19, 2010

ASBABUL NUZUL

-Sumbangan Anakanda Fatin Izzati 5AS SMKB-


AYAT HUKUM

TINGKATAN 4

RUKHSOH TAYAMMUM

  1. Perjalanan pulang dari perang Bani Mustalaq.
  2. Rasulullah meminta sahabat mencari rantai Aisyah.
  3. Mereka mencari rantai tersebut sehingga masuk waktu solat.
  4. Mereka tidak menemui air untuk berwudhuk.
  5. Mereka solat tanpa wudhuk.
  6. Maka turunlah ayat ini.

QIAMULLAIL

  1. Rasulullah didatangi Jibril.
  2. Baginda terkajut.
  3. Takut dan minta diselimutkan.
  4. Maka turunlah ayat ini.

PUASA RAMADHAN

  1. Rasulullah tiba di Madinah.
  2. Baginda berpuasa a’syura selama 3 hari setiap bulan.
  3. Maka turunlah ayat ini yang mewajibkan puasa di bulan Ramadhan.

ADAB PERGAULAN DALAM RUMAH

  1. Seorang hamba yang telah baligh telah masuk ke dalam bilik Asma’ bin Marsad.
  2. Ketika waktu yang tidak disukainya.
  3. Beliau memberitahu Rasulullah.
  4. Maka turunlah ayat ini.

MEMELIHARA UKHUWWAH ISLAMIAH (PERAK & P.PINANG 2010)

  1. Sekumpulan lelaki daripada Bani Tamin
  2. Mengejek sahabat Rasulullah yang miskin dan selekeh.
  3. Maka turunlah ayat ini.

1. Ummu Salamah diejek oleh beberapa isteri Rasulullah

2. Kerana beliau pendek.

3. Maka turunlah ayat ini.

MEMBERI NASAB ANAK ANGKAT

  1. Rasulullah mengambil Zaid b. Harith sebagai anak angkat.
  2. Baginda menasabkan dengan nama Rasulullah.
  3. Rasulullah berkahwin dengan janda Zaid.
  4. Maka turunlah ayat ini.

ASBABUL NUZUL

AYAT HUKUM

TINGKATAN 5

PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM

  1. Bapa Sabit meninggal dunia dan meninggalkan anak yang bernama Sabit.
  2. Bapa saudara Sabit datang menemui Rasulullah.
  3. Beliau bertanya mengenai pengurusan harta anak yatim.
  4. Maka turunlah ayat ini.

PEPERANGAN DALAM ISLAM

  1. Orang kafir telah mengkhianati dan memerangi para sahabat.
  2. Para sahabat meminta izin daripada Rasulullah untuk memerangi orang-orang kafir.
  3. Rasulullah dan para sahabat berhijrah ke Madinah.
  4. Maka turunlah ayat ini.

PEMBUNUHAN TANPA SENGAJA

  1. Usamah membunuh seorang musyrik yang dirasakan berpura-pura.
  2. Lelaki itu melafazkan syahadah dalam peperangan tersebut.
  3. Rasulullah tudak bersetuju dengan tindakan itu.
  4. Baginda memberitahu bahawa pembunuhan itu dinamakan salah ijtihad (tidak sengaja)
  5. Maka turunlah ayat ini.

ASBABUL NUZUL

HADIS HUKUM

TINGKATAN 4

WASIAT

  1. Saad b. Abi Waqas bertanya RAsulullah tentang wasiat ketika beliau sakit.
  2. Saad tidak ada waris kecuali anak perempuan.
  3. Rasulullah menjelaskan bahagian-bahagian dan peraturan untuk membuat wasiat.

TINGKATAN 5

ZINA

  1. Maiz bin Malik datang berjumpa Rasulullah membuat pengakuan bahawa beliau telah berzina.
  2. Rasulullah tidak menerima aduan tersebut sehingga beliau membuat pengakuan beberapa kali.
  3. Rasulullah menyuruhnya bersumpah.
  4. Rasulullah mengarahkan Maiz direjam

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP