Powered by Blogger.

Sekadar Ramalan - Akidah

>> Monday, November 29, 2010

CONTOH-CONTOH SOALAN RAMALAN 2010

AKIDAH ISLAMIAH

1. Nyatakan pengertian iman.

Jawapan:

Iman ialah membenarkan dalam hati, pengakuan dengan lisan dan dibuktikan dengan amalan zahir.


2. Jelaskan dua cara membuktikan iman boleh memupuk semangat berkorban dalam diri seseorang.

Jawapan:

i. Berkorban sepenuh jiwa raga untuk mempertahankan agama Islam.

ii. Berkorban masa dan tenaga dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran tertentu untuk membantu membangunkan masyarakat.

iii. Berkorban harta benda dan wang ringgit untuk memajukan masyarakat.

3. Nyatakan dua ciri orang yang sempurna iman.

Jawapan:

i. Hati sentiasa tenang dan tenteram

ii. Sentiasa berusaha melakukan amalan kebaikan

iii. Merasa sangat benci untuk melakukan kemungkaran

iv. Sentiasa sabar dan redha dengan ujian Allah

v. Sentiasa bersyukur apabila menerima nikmat Allah SWT

vi. Sentiasa iltizam dengan ibadah-ibadah sunat.

4. Solat dapat membentuk akhlak seseorang. Jelaskan.

Jawapan:

i. Solat dapat melahirkan seseorang yang berdisiplin dan menepati masa

ii. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar

iii. Solat mendidik seseorang sentiasa mementingkan kebersihan diri dan kesucian.

5. Huraikan dua cara memelihara laut dan sungai dari pencemaran

Jawapan:

i. Menjaga kebersihan sungai dan pantai dengan tidak membuang sampah dan kekotoran yang lain.

ii. Tidak membuang bahan2 toksik atau bahan-bahan yang berminyak ke dalam sungai dan laut.

iii. Menjaga sistem ekologi dengan tidak merosakkan hidupan dalam sungai dan juga laut.

iv. Mengenakan hukuman yang berat kepada setiap pesalah yang mencemarkan sungai dan lautan.

6. Huraikan dua faktor luaran yang menyebabkan berlakunya perkembangan ilmu kalam pada zaman Abbasiyyah.

Jawapan:

i. Banyak terjemahan kitab2 falsafah ke dalam bahasa arab oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menentang fahaman yang menyesatkan.

ii. Ramai cerdik pandai bidang falsafah memeluk Islam.

iii. Masyarakat negeri yang baru dibuka berminat membincangkan masalah akidah.

7. Jelaskan kesan timbulnya perkembangan ilmu kalam ini.

Jawapan:

i. Perkembangan ilmu pengetahuan/ kemahiran pelbagai bahasa dan ilmu: kitab-kitab falsafah diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

ii. Perkembangan intelek: pemikiran umat Islam semakin berkembang dan kreatif

ii. Kelahiran tokoh Ilmuan Islam: lahirnya ramai tokoh muktabat dari golongan As-Sunnah wal Jamaah.

iii. Penulisan: lahir banyak kitab-kitab yang menolak falsafah orientalis, mu’tazilah dan khawarij.

8. Terangkan dua jenis ajaran yang termasuk dalam ajaran sesat.

Jawapan:

i. Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan hadis

ii. Mentafsir al-Quran dan Hadis mengikut sesuka hati tanpa ilmu

iii. Mengadakan perkara bida’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan syariat.

iv. Kumpulan yang mendakwa ketuanya adalah nabi terakhir, nabi Isa atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

9. Nyatakan maksud Hadis Mutashabihat.

Jawapan:

Iaitu nas-nas yang secara zahirnya boleh menimbulkan kekeliruan terhadap sifat-sifat Allah yang menyerupai makhluk.

10. Apakah maksud يمين الله mengikut ulama’ salaf dan khalaf?

Jawapan:

i. Ulama’ Khalaf: mentakwilkannya sebagai menghormati dan memuliakan Allah

ii. Ulama’ Salaf: tidak mentakwilkan hadis itu.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP